Pengikut

Khamis, 26 Ogos 2010

Pasal Makanan Lagi....

Jika sebelum ni saya sudah mengupas berkenaan dengan makanan yang boleh menguatkan minda, entri ini pula tentang makanan yang boleh melemahkan daya ingatan dan minda. Oleh yang demikian, perlulah kita berhati-hati dan tidak terambil makanan tersebut.

1) Kepala dan Ekor Ikan.
Ikan laut amat sesuai diambil sebagai protein harian berbanding ayam atau daging yang lain kerana ikan laut mengandungi kandungan garam mineral yang tinggi dan ada DHA (asid lemak tepu) yang boleh membantu membentuk sel-sel otak yang berhubung. Namun begitu, dalam kepala ikan dan ekor ikan ada sel-sel sinap dan impuls yang tidak sesuai dimakan yang mana ianya boleh melemahkan daya ingatan, dengan cara ianya adalah sebatian berasid organik. Pendek kata, jauhkan diri anda dair memakan dua bahagian ikan ini kecuali ikan kering atau ikan masin.

2) Makanan bercampur semut
Semut pula adalah haiwan yang mengeluarkan asid formik berkepekatan rendah, yang mana ianya mampu untuk melambatkan penghantaran impuls kita. Akhirnya kita akan mudah terlupa dan tidak kuat ingatan

3) Makanan Jeruk
Sama seperti yang lain, jeruk mengandungi banyak asid laktik dari cuka buatan, yang mana tidak sesuai untuk perkembangan sel-sel otak. Kita digalakkan memakan cuka (bukan minum) organik, yang diperbuat dari buah-buahan (cuka epal, cuka sekoi), bukan cuka buatan yang mengandungi bahan kimia yang sintetik.

4) Makanan Ringan
Makanan ringan dan keropok (orang kampung kata Jajan) mengandungi banyak pengawet dan ianya tidak sesuai untuk perkembangan otak kita.

5) Ada banyak lagi makanan seperti makanan kering, makanan yang terlalu berlemah dan jenis-jenis daging yang tinggi kolesterol.

Maka, jauhkan diri kita dari orang yang terkena penyakit saraf ini. Amalkanlah pemakanan yang seimbang...

Tiada ulasan:

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails