Pengikut

Sabtu, 14 Ogos 2010

Situasi Kelas

Assalamualaikum, Salam Perpaduan dan Salam 1 Malaysia… (haha, skema)
Cikgu ingin memaparkan kisah-kisah kehidupan PnP (Pelajaran dan pembelajaran) di dalam kelas, yang selalunya menyerikan lagi suasana dalam kelas tersebut sehingga menyebabkan kadang kala berlaku ketegangan dalam kelas tersebut. Apa pun, mari kita selongkari kisah-kisah di dalam kelas semasa PnP sedang berlangsung

SItuasi kelas 1…
Ketua kelas: Bangun Semua
Cikgu Sempoi: (Baru nak suruh orang bangun dari tidur)
Ketua Kelas: Selamat Pagi CIkgu!!! (lenggok lagu Upin n Ipin)
Semua murid: Selamat pagi cikgu!!! (Lenggok yang sama)
CIkgu Sempoi: Selamat pagi semua. Hari ini kita akan sambung pembelajaran kita bla… bla… bla…
Semua murid: Bila cikgu nak suruh kitorang duduk ni???

Situasi kelas 2…
Ketua kelas: Bangun semua
Cikgu disiplin: hmmm (mendengus sambil berdiri dengan skema dan tegak)
Kan best kalau PnP hari-hari camni
Kan besh kalau PNP hari2 camnih hehe
Ketua kelas: Selamat pagi cikgu!!!
Murid-murid: Selamat pagi CIkgu!!!
Cikgu disiplin: Siapa yang pakaian tak lengkap, keluar!!! Yang lain duduk!
Murid-murid: Terima kasih cikgu

SItuasi kelas 3…
Ketua kelas: Bangun semua!!
CIkgu sporting: bangun-bangun!!! tidur jer semua ni
Murid-murid: (berdiri dengan malas, ada yang tak mahu berdiri)
Ketua kelas: Thank you, sir!!
Yang lain: eh!! bukanlah!! Good night!! Good bye!! eh?? lain macam jer??
CIkgu sporting: Dah3!!! Ucap selamat pun tak tau! Selamat pagi semua!
Murid-murid: Selamat pagi cikgu!!!
CIkgu sporting: dah duduk semua!!
Murid-murid: duduk sambil bercakap-cakap dengan kuat sehingga kedengaran suasana yang hingar bingar…
CIkgu sporting: haduh!
p/s: janganlah amalkan situasi 3 itu, tidak baik untuk kesihatan guru. Nanti tak berkat ilmu nanti… Nanti tekanan darah cikgu tuh naik sampai ke otak, maka berlakulah letusan gunung berapi yang maha kuat!!

3 ulasan:

caca berkata...

ahahhahaha... nanty, sye buat cam tu eh cikgu....... nak tnguk jgak, mcam mana letusan gunung berapi tu... kuat x!!!! eheheherhee

ezny bieber berkata...

trasew gak pon adew...huahuahua....

Cikgu Nizam berkata...

Caca: jangan... jangan...

Bulan puase, nanti saya jadik cam cikgu disiplin baru taw

Eznyra: haha, tulah

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails