Pengikut

Selasa, 31 Ogos 2010

Tolong... Tolong.... Otak dah Beku!!!

Keheningan Ramadhan ini langsung tidak mematahkan semangat anak-anak muda tersebut berhempas pulas menimba ilmu, walaupun kepenatan dan kelaparan... Kadang-kadang berkeriut juga perut masing-masing mengganggu kosentrasi pembelajaran, namun dengan hati yang cekal dan tabah mereka meneruskan juga sesi pembelajaran sehingga tamat persekolahan.

Pabila ramadhan menjelma, suasana kelas yang biasanya hingar-bingar menjadi sirna, menjadikan kelas umpama suatu ruangan kosong walaupun hakikatnya kehadiran pelajar agak cemerlang ke kelas masing-masing... Kekosongan itu dapat menenteramkan jiwa dan minda yang serabut lantas proses penyerapan ilmu mudah berlaku. Itulah rahmatnya Ramadhan....

Murid: Tapi cikgu, otak saya dah beku lah!!! Hari-hari dengar cikgu mengomel pun tak masuk otak... Dah Tepu tau!!!

Saya: Hmmm... (sambil mengangguk-angguk kepala). Semua orang tidak sama semasa belajar. Ada yang mudah menyerap ilmu, ada yang perlukan usaha yang lebih.

Murid: Usaha macam mana lagi cikgu??? Dah cuba fokus dalam kelas yang bising ni, dah buat ulangkaji, dah buat latihan tambahan macam cikgu cakap, tapi tetap tak dapat masuk otak. Otak saya ni betul-betul beku!!

Saya: Ada satu perkara lagi yang awak tak buat.

Murid: Apa cikgu???

Saya: Banyakkan berdoa dan bertawakal. Lepas berusaha, kenalah berdoa... akhir sekali kenalah bertawakal. Ingat, kita hanya merancang, tuhan yang menentukan.

Murid: Dah juga... Semua saya dah buat, tetap tak pandai-pandai.

Saya: jangan cakap camtu! Semua orang ada kepandaian di bidang masing-masing. Kamu perlu ada strategi. Cara pembelajaran yang penting. Dan yang paling penting ialah JANGAN PUTUS ASA!!! Fikirkan yang baik dengan tuhan. Dia rancang apa yang terbaik untuk kamu. Ingat, Tuhan sayang semua hamba dia.

Kelas Cikgu Najwa... Curi gambar ni Haha
Murid: Strategi?? Camner tuh?? Cam main Games Strategy ker??

Saya: Lebih kurang lah... yang penting kena ada perancangan dan strategi mengikut cara kamu sendiri. Baru boleh menang Game tersebut.

Murid: Ada tip??

Saya: Ada...

Tip-tip dalam memudahkan proses mengulangkaji?? Kemudianlah. Yang penting, Esok adalah Hari berlangsungnya Ujian 3 untuk murid-murid cikgu.. Jangan mengalah, jangan putus asa, itulah kunci kejayaan yang hakiki....

Jangan Lupa Semangat Merdeka masih berbara untuk melakukan transformasi dalam diri kita...

dan...

Selamat Maju Jaya...

Tiada ulasan:

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails