Pengikut

Sabtu, 20 November 2010

SPM on the dot!!!!!

Kepada Semua Pelajar SPM... Buatlah yang terbaik, untuk kali ini sahaja, kerana ianya menentu langkah pertama anda selepas sekolah nanti... sama ada anda blh dapat di IPTA, program Matrikulasi, Tingkatan 6, Kolej-kolej swasta, Institut2 peringkat sijil... Atau, terus ke kerjaya bukan idaman anda.... Andalah yang menentukan...

Maka, kesungguhan dan sikap anda pasti akan berbalas dengan apa yang telah anda usahakan... Ingat, Kejayaan takkan datang bergolek... Ianya perlu dikejar!!!

Sebulan dua ni kurangkanlah aktiviti sosial anda terutamanya di laman sembang sosial seperti Facebook, MySpace, Tagged, Blog dan sebagainya... Jagalah kesihatan dengan mematuhi masa tidur dan makan kamu... jagalah otak anda daripada perkara-perkara yang menyebabkan mudah lupa ilmu dan sebagainya...

All the best kepada bloggers yang akan menduduki SPM tahun ini (2010)... Kepada pelajar-pelajar saya di SMK (P) Methodist, Melaka,,, Moga dapat skor dengan cemerlang, gemilang dan terbilang...

Kepada Pelajar-pelajar kelas siang dan malam PTB Alor Gajah, buatlah yang terbaik untuk masa depan anda...

Tak lupa juga kepada pelajar-pelajar kontrak Asrama dengan PTB... terutamanya pelajar2 RAYSS, Kompleks Fatimah Az Zahraa, SMK (A) Sharifah Rodziah, SMK Telok Mas, SMK Tinggi (P) Melaka, SMK Munshi Abdullah, SMA AL-Asyraff dan yang lain2 lagi...

Semoga dapat menjawab dengan tenang di hari penentuan nanti... Ingat amanat dan teknik-teknik yang diajarkan dalam seminar kita dan gunakan minda anda seratus peratus untuk menjawab soalan-soalan kognitif....

Cikgu-cikgu akan mendoakan kejayaan anda... Dapatkan restu ibu bapa anda setiap hari dan juga yang laing penting adalah diri sendiri... Jauhkan diri dari melakukan perkara-perkara dosa dan kemaksiatan.... jadilah insan yang cemerlang dunia dan akhirat... Itu saja... Wasalam /-

Tiada ulasan:

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails