Pengikut

Isnin, 7 Februari 2011

Kekalkan hubungan??

Salam... Tajuk hari ini akan menimbulkan seribu satu persoalan, berkaitan dengan tajuk ataupun makna di sebalik tajuk tersebut. Ataupun tajuk berkenaan juga menjadi tajuk perbualan di antara pelajar mahupun guru, yang mana tajuk itu mengukuhkan lagi fakta bahawasanya tajuk amatlah penting dalam setiap trajuk diperbincangkan... (hahahaha, agak-agak, faham ke apa yang cikgu cuba nak maksudkan ni??)

Sesungguhnya, hubungan yang bagaimana yang perlu dikekalkan?? Cikgu masih lagi ingat, masa kecil-kecil dulu, cikgu sering terdengar ungkapan berikut:

Cintakan bunga, bunga akan layu
Cintakan Orang, orang akan mati
Cintakan Allah, Yang Kekal Abadi...

Jadi hubungan yang mana yang perlu dikekalkan?? Hehehe

Kita perlu sedar akan konsep Ehsan, yang diterapkan dari kecil hinggalah kita dewasa. Dalam apa jua keadaan, kita perlulah mengekalkan tiga hubungan untuk memaksimumkan potensi gelombang positif kita seharian. Dengan 3 hubungan yang baik ini menjamin hidup kita yang lebih baik dan menghilangkan rasa ragu-ragu kita untuk mencapai kejayaan. Pokoknya, belum berbuah 3 hubungan ini menjadikan kita lebih berjaya dalam hidup. Hubungan yang perlu dikekalkan ialah:

Hubungan kita dengan Allah
Hubungan kita sesama manusia
Hubungan kita dengan alam semulajadi

Melihat kepada persekitaran, ramai orang sukar mendapat kejayaan disebabkan kurangnya hubungan kita dengan ketiga-tiga pihak yang perlu kita jalinkan dengan mesra baik. Sebagai pelajar contohnya, kita perlu lebih beramal dan melakukan apa yang diperintahkan oleh agama dan meninggalkan apa yang dilarang oleh agama.

Dalam konteks hubungan dengan manusia pula, ianya lebih rumit kerana manusia ini ada perasaan yang pelbagai mengikut akal mahupun hati masing-masing. Contohnya, Hubungan baik sesama rakan perlu dikekalkan agar kita dapat saling bantu membantu dalam belajar, membuat belajar berkumpulan dan sebagainya. Hubungan dengan guru juga perlu dijaga bagi memastikan keberkatan ilmu dalam pembelajaran kita (ini akan dibincangkan kemudian).

Hubungan kita dengan alam sekitar juga penting dalam memastikan kemampanan kita dalam kehidupan ini. Bagaimana kita ingin menguruskan sumber alam, bagaimana mengekalkan alam yang sesuai untuk kehidupan manusia dan sebagainya.

Jadi, hubungan yang bagaimana yang perlu kita kekalkan???

1 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Ada 3 blog...nak masuk yang mana satu pun tak tau. Klik sini cukuplah ya...cikgu?

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails