Pengikut

Ahad, 22 Ogos 2010

Makanan-makanan yang Menguatkan Minda

Hari ini saya ingin berkongsi sedikit tentang makanan-makanan yang boleh menguatkan minda, yang mana disarankan diambil setiap hari mengikut keperluan harian, tidak berlebihan kerana kandungan bahan-bahan metabolit sekunder (secondary metabolites) yang terkandung di dalam makanan tersebut boleh memudaratkan jika terlebih. Mungkin anda pernah terdengar dan terbaca berkenaan dengan makanan-makanan ini kerana ianya sangat popular dalam kalangan masyarakat kita mahupun masyarakat antarabangsa.
Kismis
kismis hitam
Kismis merupakan makanan harian yang baik untuk kesihatan minda, tetapi tidak boleh diambil berlebihan. Kismis yang terbaik ialah kismis yang berwarna hitam kerana ianya dikeringkan dengan teknik penyejatan di bawah matahari sahaja. Kismis Emas (Golden Raisins) yang berwarna kuning ditambah dengan sulfur dioksida (sulphur dioxide)yang berasid, yang mana ianya tidak begitu efektif dan agak merbahaya untuk kesihatan. Kismis ialah anggur yang dikeringkan menggunakan teknik pengeringan di bawah matahari. Ianya kaya dengan fruktosa (fructose), sejenis gula ringkas dan juga kaya dengan bahan anti-oksida. Kismis mempunyai kandungan vitamin C yang sangat minima kerana ianya telah melalui proses pengeringan yang panjang.
Minda kita memerlukan gula fruktosa yang tinggi untuk kekal cerdas. Malangnya, gula ini juga boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti diabetes kerana ianya boleh meningkatkan aras gula dalam darah. Yang paling baik, kismis diambil 7 biji atau 21 biji di waktu pagi dan ulang kembali di waktu petang bersama doa penerang hati dan selawat.
Susu Kambing
Susu kambing telah terbukti salah satu susu yang terbaik di dunia kerana ianya mengandungi kandungan Kalium (Potassium) yang tinggi dan sesuai untuk manusia. Fungsi Kalium adalah untuk menambahkan rangsangan dalam sistem saraf, seterusnya membuatkan kita peka (bukan pekak tau). Ambil susu kambing beserta kurma di pagi hari boleh mengurangkan kandungan asid perut dan membantu mengurangkan risiko gastrik. Susu kambing sesuai diambil sebelum sarapan dan sebelum tidur, dan ia membantu kita mendapat tidur yang berkualiti. TIdur berkualiti boleh meningkatkan fokus dalam kelas di keesokan harinya.
Sayur-sayuran hijau
Sayur-sayuran mengandungi banyak Vitamin dan mineral yang baik untuk badan kita termasuklah sistem saraf dan pertumbuhan sel-sel neuron otak, yang mana pengambilan sayuran hijau dalam diet seharian kita secara tidak langsung membantu menyihatkan badan dan minda kita.
Air
Pengambilan air bersih yang tidak bercampur dengan bahan-bahan lain perlu mencukupi, iaitu sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau 2 liter air. Minum air kosong dapat membantu mengekalkan kandungan air dalam badan kita seterusnya menjadi medium dalam tindak balas kimia, seterusnya neuron-neuron saraf dapat bekerja dengan cepat, tepat dan betul (eh, cam moto polis ler)…

Ada banyak lagi makana berkhasiat dan baik untuk menguatkan minda kita seperti kurma, madu, buah-buahan dan sebagainya yang akan dikupas kemudian, inysa Allah…

4 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

Info yang baik cikgu....

Nizam Gtz berkata...

thanks ciklah...

Aisha Ali berkata...

tq.. :)

Nizam Gtz berkata...

Sama2 hehejehe

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails