Pengikut

Sabtu, 28 Ogos 2010

Selamat Hari Kemerdekaan VS Cabaran Kelas Sivik CIkgu Nizam...

Salam... Salam Satu Malaysia Menjana Transformasi...

Lagi beberapa hari lagi untuk kita menyambut Hari Kemerdekaan Yang ke-53, moga kemeriahan Sambutan Kemerdekaan bersulamkan kesyukuran memandangkan Hari Merdeka jatuh pada Bulan Puasa...

Sedikit pasal Merdeka... Sambutan Hari Kemerdekaan di Peringkat Sekolah telahpun diadakan sebelum bulan puasa lagi...

40268_416483075953_728895953_4865066_7245273_n 
Ni gambar program tersebut yang telah diedit oleh pelajar… Gambar kredit to Radiance Chin


Kemudian, cabaran Kelas Sivik pun bermula.... Mula-mula memang excited lar cikgu sorang ni adakan Cabaran tersebut... Tapi, bila tiba hari yang dijanjikan... jeng jeng jeng... Kosong! Satu Kelas tu KOSONG!! Ya Allah, KAU saja yang tau gelodak di dalam hatiku ini dengan sikap yang ditunjukkan oleh pelajar. Haiz.... Kemudian barulah dua kumpulan tu lekatkan kat dinding... Itupun bercakaran gak. Apedah.... Tak ngam ngan pelajar dalam kumpulan masing-masing sebab cikgu yang pilih.... Itu kata mereka.

Namun begitu, bila melawat ke kelas sebelah, hilang sedikit rasa gundah di hati pabila mereka telah berjaya mempamerkan hasil kerja mereka...

Apa yang ditekankan dalam kerja berkumpulan begini bukanlah semata-mata akademik atau kurikulum, tetapi bagaimana kita boleh menyelesaikan masalah dan bekerja dalam kumpulan yang kita tidak kenal. Jika esok, bila sudah mula bekerjaya, kita akan bekerja dengan semua orang... SUka atau TIdak!!! Terpaksa buat... Atau, kita boleh dipecat dari syarikat kerana kerja tak produktif dan tak profesional....

Jadi, dalam tugasan ini, ramai yang masih lagi tidak profesional dalam menyiapkan tugasan... Maka, ubahlah sikap sendiri. Sivik bukanlah subjek yang kita belajar untuk peperiksaan, bahkan untuk menghadapi kehidupan sebenar kelak...

Jadi, terpaksalah dianjakkan tarikhnyer ke minggu depan, 30 Ogos 2010.

*Dulu-dulu takde pun matapelajaran ni... Tapi, tugasan camni tetap ada dalam kelas. Itu tanggungjawab cikgu2 untuk mengajar dan membimbing pelajar ke arah kecemerlangan...

 



"KE ARAH PELAJAR YANG KOMPETEN"

2 ulasan:

ISZA berkata...

salam cikgu,
dulu2 mendidik dengan tidak langsung.. berjaya juga..
sekarang semua nak on paper tapi keberkesannya?

Nizam Gtz berkata...

Wasalam cikgu,
Entahlah... harap2 boleh jadi modal insan cemerlang....

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails