Pengikut

Ahad, 15 Ogos 2010

Tip-tip Menghafal Sejarah

Secara umumnya, ramai pelajar yang merungut untuk menghafal fakta sejarah, ini dikuatkan lagi dengan pemikiran pelajar sekarang yang diserabutkan dengan pelbagai perkara lain macam movie, drama, lagu dsb…

Maka, subjek sejarah yang mudah tak dapat nak skor sebab tak hafal fakta sejarah dan selalu tertipu dengan soalan… Jadi, pelajar perlu ada strategi untuk menghafal fakta sejarah. Bagaimana???
Orang cakap, Cikgu Sejarah senang nak botak belakang sebab dia suka memikirkan perkara yang dah lepas. Gambar kredit kepada laman ini
Untuk menghafal, nak tak nak, perlulah baca fakta sejarah tersebut. Namun, silalah rujuk buku teks, dan bukan buku rujukan semata-mata. Kerana, fakta di dalam buku teks itu dah cukup lengkap buat kita…
Berikut adalah beberapa strategi untuk memperkuatkan ingatan  hafalan terhadap fakta sejarah:
  1. Gunakan teknologi terkini. Tak perlu nak baca selalu… Baca sekali, rakam gunakan sound recorder yang ada di hanset pun memadai, dan ulangkan dengar sampai muntah muak. Ulangkan sekurang-kurangnya 3 kali sehari.
  2. Baca bahan sejarah dengan penuh emosi. Contoh, Peristiwa Perjanjian Pangkor sehingga menyebabkan jatuhnya Perak kepada Residen British. Baca dengan penuh emosi, geram dan marah dengan perbuatan Raja Melayu yang mengambil jalan mudah dengan bersetongkol dengan British…. Sehinggakan anda dapat hafal tarikh dengan jelas bila diletakkan emosi dalamnya.
  3. Baca bahan sejarah macam baca novel… Seronok sangat baca… Boleh juga gunakan sound recorder dan ulangkan selalu. Buat intonasi macam dalam cerita rakyat…
  4. Buat urutan masa dan peristiwa (timeline)… Ini juga memudahkan hafalan…
Itu sahaja tip-tip buat masa ni… huhu, ada pendapat lain???

9 ulasan:

Faisal Admar berkata...

tak dapat den nak menolong. haha memang lemah sejarah.

Cikgu Nizam berkata...

Hahahaha.... trylah... insya Allah ingat

ezny bieber berkata...

awww.....aah arrr....nak try arr....;)

Cikgu Nizam berkata...

implementasikan teknologi dalam kehidupan seharian.... =)

Farra berkata...

Nanti saya cuba :)

Ilya Natrah Mohd Nor berkata...

This totally motivated me to study sejarah right now :) pray for my mid year exam & thanks for the tips :)

Tanpa Nama berkata...

Hahaha, saya selalu buat macam ni. Sampaikan kawan saya tanya tak bosan ke pikir pasal benda lepas. Saya kata best apa hahaha

Tanpa Nama berkata...

Cikgu,boleh bagi nombor fon cikgu?

Nornizam Jamal berkata...

sape saya tu?? huhuhu

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails