Pengikut

Selasa, 17 Ogos 2010

Oh Anak!! Sampai hatimu(rintihan hati seorang ayah kepada pembuang-pembuang bayi)

Anak-anak merdeka...


Di manakah letaknya akal kewarasan?

Di mana hilangnya perikemanusiaan?

Di mana... Di mana hilangnya takwa?



Hari ini kau rasa seronok

Hari ini kau menurutkan nafsu

Di kemudian hari

Kau campakkan kedukaan dan kesalahanmu kepada anak yang tidak berdosa

Kecuranganmu kau tutup dengan noda



Sedarlah wahai anak-anak bangsa

Pertiwi ini tidak rela kau menjadi najis

Najis yang menghancurkan kesucian institusi keluarga

Namun, jalan kotor lagi busuk yang kau pilih...

Kau sandarkan kecelaanmu di atas bahu anak yang tidak berdosa

Kau buang ia, kau punahkan tanggungjawab

Setelah kau merasai nikmatnya dunia

Kini kau mahu mengelak dari neraka dunia...



Kau nantilah balasan atas semua perbuatan busukmu...

Dunia mahupun Akhirat.



Nornizam bin Jamal

12.12 pagi

17 Ogos 2008

http://cikgu-murid.blogspot.com/

Ruang tamu rumahku

2 ulasan:

Zakaria's daughter berkata...

2 thumbs up.. like2..

Cikgu Nizam berkata...

huhu... geramnya

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails