Pengikut

Sabtu, 25 September 2010

Genderang Perang... 10 Hari Yang Terakhir... Siapkan semua kelengkapan sebelum ke medan Perang...

10 hari yang terahir untuk menyediakan diri sebelum peperangan yang sebenar. Dalam 10 hari ini, kita masih lagi boleh mengukuhkan benteng-benteng pertahanan kita dari tipu daya dan helah musuh-musuh kita seterusnya berjaya memenangi peperangan ini. Medan Peperangan yang bernama Perang PMR ini perlukan persediaan rapi, yang mana Cikgu telah selitkan dalam entri-entri terdahulu...

Namun, dalam setiap peperangan, kita hanya mampu merancang dan bersedia, tuhan jua yang menentukan segalanya. Jadi, jangan lupa untuk berdoa dan terus berdoa supaya tuhan membantu kita dalam peperangan ini...

10 hari ini, kita sudah tidak boleh membuat persediaan yang berat-berat, bahkan dalam kesuntukan masa yang terhad ini kita hanya mampu memperkemaskan sahaja apa yang kita telah siapkan berbulan-bulan dahulu.

Apa yang boleh diperkemaskan dalam persiapan yang telah dimulakan berbulan-bulan dahulu hanyalah sedikit tambahan sahaja, Berikut adalah beberapa tip-tip menghadapi peperiksaan di saat-saat akhir...

1) perkemaskan disiplin dan jadual diri seharian. Jangan tidur dan makan pada masa yang tidak berjadual, seeloknya tepati masa dan jadual yang telah disusun sebelum ini.

2) tidur dan makan perlulah cukup (sekurang-kurangnya 6 jam) tetapi jangan berlebihan (jangan lebih 8 jam)

3) Elakkan daripada membaca bahan rujukan yang terlalu banyak informasi. Sebaiknya, ulangkaji nota-nota ringkas yang telah disediakan sebelum ini.

4) Banyakkan latih tubi supaya kita mahir dengan soalan.

5) Kukuhkan masa belajar kita, tambah mana yang kurang dan tetapkan jadual pembelajaran.

6) Banyakkan berdoa dan kukuhkan kerohanian kita supaya kita sentiasa bertenang dan mudah-mudahan diterangkan hati untuk belajar dan menjawab peperiksaan.

7) Sentiasa bertenang, yakin dan komited dalam membuat latihan.

8) Bertawakal (berserah) kepada tuhan setelah kita yakin kita telah habis buat ulangkaji.

Semoga semua pelajar boleh meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi. Terima kasih...

Tiada ulasan:

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails