Pengikut

Selasa, 14 September 2010

Percubaan SPM Seluruh MElaka Esok!!!

Salam...

Kepada semua pelajar tingkatan 5 seluruh Melaka... bangunlah.. Raya dah tamat buatmu... Esok bermulanya Percubaan SPM pula...

penghargaan gambar di sini yer
Moga semua pelajar form 5 seluruh Melaka boleh skor dengan cemerlang, walaupun hanya percubaan... Sebenarnya, keputusan  Percubaan juga boleh digunakan untuk menempah tempat di Universiti.. Ini bermakna, anda tidak perlu menunggu keputusan SPM kelak bahkan anda sudah ditempatkan ke kursus-kursus persediaan (ke luar negara) jika keputusan percubaan baik... Jadi rebutlah peluang untuk menjimatkan masa menunggu...

Walaubagaimanapun, etika sewaktu peperiksaan juga perlu dijaga bagi memastikan kita mampu menggunakan tenaga otak sepenuhnya...

1) jangan makan banyak sangat (jangan makan sebelum tidur... bangun nanti otak blur)
2) jangan tidur lewat, jangan pula tidur melampau2.. biar besederhana... tidur seawal jam 10 malam dan bangkit semula pada jam 4.30 pagi... bertahajud dan buat ulangkaji ringkas.
3) tak payah dah nak baca berkoyan-koyan buku... memang blur nanti... seeloknya ulangkaji mana yang kita dah study 5 bulan lepas..
4) Buat banyak nota ringkas atau peta minda.. Ini lebih mudah nampak dan faham daripada nak baca banyak2 dalam buku rujukan.
5) lebihkan buat latihan berbanding baca sahaja.
6) Usaha berterusan.. Banyakkan berdoa dan bertawakal...
7) bertenang... Semua akan jadi mudah bila Latihan sebelum sudah mencukupi (berlebih2an)

Harap-harap cukuplah setakat ini etika yang saya selitkan... mungkin guru-guru anda ada bagi tip2 lain... ambillah dan gunakan semua tip yang penting... Yang penting, Usaha, Doa, tawakal dan strategi...

Sekian...

"Majulah Murid untuk Negara!!!!"



3 ulasan:

ckLah @xiiinam berkata...

ckLah baru key in markah percubaan tadi SPM.....budak-budak yang lemahakan re-sit pra exam minggu depan. Yang lain, gerak gempur..

Ana syaiza - chan berkata...

hah?? esk trial spm diorg??? ceja pny trial dah lma abiz..before raye lg dah abiz...lega2..hehehe

zool berkata...

hohoho.. sekolah mana tu cikgu??? semoga berjaya semua anak murid..

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails