Pengikut

Isnin, 6 September 2010

Selamat Hari Raya... Maaf Zahir dan batin

Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin kepada semua pengunjung blog ini...


Berjuta kemaafan dipinta andainya ada tersalah kata tersilap bicara...
Harap dipertemukan dengan ramadhan kembali...


Tetapi, jangan lupa... Yang akan menduduki UPSR dan PMR, jangan leka dengan raya sahaja.. Masa sudah menginjak ke Peperiksaan..
Yang akan menduduki Percubaan SPM juga tidak dilupa...

Bila beraya, sentiasa beringat...
1) Sentiasa jaga kesihatan diri kerana wabak penyakit tidak tahu bulan raya ata tidak... Jangan pula kita beraya di hospital... Nanti kurang duit raya (haha)
2) Bila nak balik kampung yang jauh, bersedia seadanya dan jangan memandu dengan merbahaya... Ingatlah, kemalangan jalan raya adalah pembunuh no.1 di Malaysia... Sentiasa berwaspada.. selalu ingatkan ayah atau ibu yang memandu untuk berhati-hati...
3) Walaupun sudah minta maaf, itu bukan bermakna boleh bersikap biadap dengan orang tua... sentiasalah berbudi bahasa... Yang muda disayangi, Yang tua dihormati
4) Jangan makan banyak-banyak sangat... Nanti sakit cirit baru tahu...
5) Jangan terlalu gembira, ingatlah buku juga...



Apa-apapun, moga bergembira di hari lebaran ini...

4 ulasan:

ckLah@xiiinam berkata...

Selamat hari raya cikgu....semoga selamat dalam perjalanan ke mana jua destinasinya sepanjang raya ini.

Owwwh, UPSR dah hampir sangat lah ya!
Harap-harap anak-anak tu tak terlalu seoronok sampai lupa periksa.


Anak-anak didik ckLah pun ramai yang kena re-sit pra PMR/SPM lepas raya ni, sebab masih jauh dari taerget

Cikgu Nizam berkata...

Salam CkLah.. Selamat Hari Raya jugak.. Saya beraya kat Melaka ajer... anak jatilah katakan haha

Yup... UPSR, minggu kedua pas raya dah start...

Oh yeker?? Harap2 anak2 cikLah berjaya dengan sangat cemerlang... Amin

syaiza - chan berkata...

yeahh2..!!dah nk raye...slmt hari raye ye ckg nizam..wink3

Cikgu Nizam berkata...

Ceja: thanks... Moga kehadiran syawal mengukuhkan ukhwah kita dalam ruangan blogger ni....

Selamat hari raya gak....

Log Masuk Google akaun untuk melihat aktiviti

Related Posts with Thumbnails